My wife tak suka beli baju
mahal-mahal. Katanya: “buat apa beli yang mahal, yang murah ok je kan?”
Bertuah badan dapat isteri macam
ni.
Janji menang memakai. Dan tetap tampak anggun. Jutawan pon shopping kat golok,
air hitam dan rantau panjang tau. Kalau dah kaya pakai barang murah pon orang
ingat mahal. Well, yang penting kita happy.
So, dalam bershopping ni, jelas
ketara beza harga barang ikut negeri atau lebih tepat kawasan. Tujuan blog ni, nak share
harga barang murah di putrajaya/ KL untuk orang di pantai timur dan sebaliknya.
Ada orang akan marah cos macam tuang pasir atas periuk nasi orang. Neway, ini
hak pengguna kan? Untuk dapatkan barang pada harga terbaik. Dan pastinya
pengguna tau, harga berbeza di tempat barang dikeluarkan dengan tempat barang
dipasarkan kerana ia melibatkan kos pengiklanan, stor, pengangkutan dan
pelbagai kos lain.
Contoh:
1. Baju
kemeja perempuan
2. Kain
batik
3. Keropok
segera
Selepas ni kita tengok beza harganya antara lokasi pengeluar dan lokasi lain. Banyak bisnes online mengambil peluang ni untuk menyediakan barangan kepada pengguna pada harga lebih rendah dari harga pasaran kerana mereka boleh dapatkan harga lebih rendah dengan berurusan terus dengan pengeluar dan seterusnya jual terus kepada pembeli dengan kos pengangkutan dan kos jualan yang rendah.
Baju kemeja perempuan yang dijual RM33 di kuala terengganu dijual hanya RM25 di Putrajaya n KL. Pengusaha bisnes online cuma dapatkan harga barang secara borong dan jual kepada pembeli dgn sedikit kos pos. Win n Win situation kan?